Thursday, January 29, 2009

Gambar Terbaru Anak-anakku











Berkhemah Di Gunung Marong

Sempena Maal Hijrah 1430, JKKK Kampung Rasau telah menganjurkan Kem Maal Hijrah Remaja bertempat di Gunung Marong. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada remaja kampung tersebut telah berkhemah selama 2 hari satu malam.



Aku bersama seorang sahabat juga diamanahkan menjayakan beberapa slot dalam program tersebut. Alhamdulillah, walaupun agak jauh, kami berjaya juga sampai ke destinasi.

Perjalanan dari Kampung Rasau mengambil masa selama 35 minit. Kemudian, kami perlu berjalan kaki pula selama kira-kira 25 minit untuk sampai ke tapak perkhemahan. Sungguh menakjubkan melihat ciptaan Allah. Yang agak menakutkan aku, apabila terpaksa bermalam dalam gelap di tengan hutan. Dah lah gitu, pacat sebesar ibu jari. Nak kata takut tu, malu pulak, tapi kurang menyenangkan lah..

Program tamat pukul 12 tengah hari berikutnya. Yang tragisnya, dalam perjalanan pulang, sahabatku Azhari tak dapat mengawal motosikalnya, dan terjatuh ketika menuruni bukit. Sedih pulak tengok sahabat aku sorang ni.. tapi semangat dia tetap kental.

Beberapa kenangan sempat aku rakamkan untuk dikongsi..




Semoga usaha yang sedikit ini dipandang oleh ALLAH swt...