Thursday, May 28, 2009

Dilarang Menghidupkan Pendingin Hawa Sebaik Menaiki Kereta..!

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Tuesday, May 19, 2009

Hadiah Hari Guru

Seluruh negara menyambut Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun. Setiap tahun, macam biasa, ade lah murid-murid aku yang berikan hadiah. Tak kira apa hadiah, yang penting tanda ingatan.

Bukan hadiah yang aku tunggu setiap tahun, tetapi bagaimana penerimaan mereka terhadap pengajaran aku yang amat aku titik beratkan. Maklumlah, dah masuk tahun ke 13 aku menjadi guru. Agak malang jika aku tidak dapat menjadi pendidik yang benar-benar memahami kehendak anak didik aku.

Satu yang agak istimewa tahun ini, aku dihadiahkan oleh seseorang dengan sebuah buku. Inilah pertama kali aku dapat hadiah hari guru berupa buku yang aku kira banyak manfaatnya. Penulisannya berbentuk cerita pengalaman sebenar tentang cabaran mendidik anak yang istimewa. Alhamdulillah, buku ini banyak manfaat.

Secara ikhlas, aku amat berterima kasih dan bersyukur. Banyak kesilapan yang telah aku lakukan dalam mendidik anak-anak aku mahupun anak muridku. Mudah-mudahan pertambahan ilmu ini menjadikan aku lebih prihatin terhadap keperluan emosi anak-anak. Insyaallah. Moga Allah memberi pengampunan kepada kesalahan hambanya yang kerdil ini.

SELAMAT HARI GURU

Friday, May 15, 2009

Cepat Sungguh Masa Berlalu..

Rasanya baru sahaja aku mendapat cahaya mata yang baru. Sedar-sedar Irdina dah pun berjalan. Alhamdulillah, bersyukur banyak-banyak kepada Allah.