Tuesday, August 18, 2009

Ihtifal Tadika Islam Peringkat Zon Selatan

16 Ogos - Majlis Ihtifal Tadika Islam Perak peringkat Zon Selatan telah berlangsung di SRAR An Naim, Taman Seri Setia, Teluk Intan. Wakil daerah Slim River, Batang Padang dan Teluk Intan telah menyertai pertandingan tersebut.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Azan, Bacaan Doa, Bercerita, Sajak, Nasyid dan Hafazan.

Muhammad Azfar (anak ketigaku) telah menyertai pertandingan azan, bercerita dan Nasyid. Ketiga-tiga acara yang disertainya mendapat tempat ketiga. Seronok habis dapat hadiah. Tidur pun dengan hadiah.

Itulah pengalaman pertama Azfar naik ke pentas. Mudah-mudahan memberi pengalaman yang amat bermakna dalam hidupnya. Ayah doakan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin..


Muhammad Azfar sedang menerima hadiah


Bergaya dengan Hadiah yang dimenanginya

Friday, August 7, 2009

Wabak Virus H1N1

Heboh sekarang tentang cerita Virus H1N1 yang juga dikenali sebagai Virus Selsema Babi. Sekadar menyatakan pandangan bahawa larangan Allah tentang makhluk babi ini adalah kerana banyak musibah akibat daripadanya. Walaupun begitu, posting aku kali ni cuma nak menyebut tentang bagaimana janji Allah bahawa akibat kerosakan manusia adalah berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Hal ini amat berkaitan dengan ape yang berlaku kepada kita hari ini..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya kemanfaatan ilmu dan makin ketara kebodohan dan banyaknya peminum arak dan meluasnya perzinaan dengan terang-terangan. (riwayat al-Bukhari).

Menurut Imam Baidhawi (Tafsir al-Baidhawi, juz 2, hal. 106) Musibah diturunkan oleh Allah kerana lima sebab.

Pertama, zina dibiarkan berleluasa dan jalan-jalan melakukannya seolah-olah terbentang luas melalui 'iklan' yang disiarkan. Apabila berlaku begini, akan diturunkan penyakit taun kepada sesuatu kaum itu.Para ulama moden mengkiaskan taun itu sebagai wabak penyakit baru seperti meningitis, hepatitis, Aids, lembu gila, selesema burung dan H1N1. Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar tentang penyakit-penyakit tersebut. Punca utamanya adalah zina terlalu berleluasa.

Kedua, berlaku kemarau disebabkan umat Islam tidak menunaikan zakat. Malah ulama menyebut, jika bukan kerana binatang dan tumbuh-tumbuhan yang melata, tentulah Allah tidak menurunkan walau setitik pun hujan di muka bumi ini.

Ketiga, perbuatan menipu dalam timbangan atau sukatan. Maka, Allah akan menimpakan inflasi menyebabkan kita sentiasa berasa tidak cukup walaupun dikurniakan rezeki.

Keempat, apabila kita tinggalkan undang-undang Allah maka musuh-musuh Islam akan berkuasa melakukan apa sahaja ke atas umat Islam. Ini termasuk merampas harta dan kita hanya boleh melihat tanpa boleh berbuat apa-apa.

Kelima, lanjutan daripada itu Allah akan menimbulkan prasangka antara satu sama lain di kalangan umat Islam. Menyebabkan kita tidak boleh bersatu.Apakah prinsip yang perlu ada bagi umat Islam apabila berhadapan dengan musibah seperti H1N1 sekarang?

Sesungguhnya, musibah maupun azab yang ditimpakan Allah SWT kepada manusia ditujukan agar mereka kembali mentauhidkan Allah SWT. Dan menjalankan seluruh syariat-Nya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Wallahua'lam.