Monday, October 19, 2009

Memerihkan Hari Keluarga SKAB


17 Oktober- Menyertai sambutan hari keluarga di Teluk Batik Resort, Lumut. Alhamdulillah, semua selamat pergi dan balik.

Hari keluarga tersebut adalah anjuran SK Aminuddin Baki bagi tahun 2009. Apa lagi, dengar je mandi laut, awal-awal lagi Azim dan Ibtisam terus mencari pelampung dan peralatan mandi. Maklumlah, dengar ada laut ni.. Azfar pun sibuk bertanya bertalu-talu. Asal balik sekolah je, tanya pasal nak pergi Teluk batik. Itulah rutin 2 minggu sebelum pergi..



Kami sampai kira-kira jam 12.00 tengah hari. Azfar marah-marah sebab dia ingatkan nak terus mandi laut. rupa-rupanya ade acara lain dulu. Azim dan Ibtisam pun macam tu gak. Pening ler aku dibuatnya. Irdina pula tak habis-habis nak terjun kolam renang..

Setelah dipujuk, sempatler makan semuanya. Lepas tua ade acara cabutan bertuah. Nasib agak baik, dapat ler hamper..Kemudian acara penyampaian cenderahati dan hadiah kepada pemenang, walaupun acara tidak dapat dilangsungkan. kira semua dapat hadiah ler..





Selesai di Resort, terus ke pantai. mandi sepuas-puasnya. Nasib baik nak balik. kalau tidak, bermalam di pantai ler..

Sampai di Slim River kira-kira jam 9.00 malam. Lepas mandi, terus ke lata Serpek, mengikuti Jambori Amal di sana..

Thursday, October 8, 2009

Tips Membentuk Anak Berkelakuan Baik

Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, anak-anak adalah lakaran ibubapa. Sekiranya lakaran tersebut ke arah kemuliaan pastinya ia membawa kebaikan kepada anak tersebut.

Antara tips yang diutarakan beliau ialah:

*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.

*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.

*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.

*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.

*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.

*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.