Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 13, 2010

Judi Halal Di Malaysia

Dalam kekalutan ummat hari ini yang bobrok dengan masalah sosial yang pelbagai, kini ditambah dengan satu jenis lagi punca masalah sosial yang telah dilarang oleh Allah SWT dan digolongkan dalam dosa-dosa besar.

Apapun alasannya, judi tetap haram, walaupun ianya dihalalkan oleh pemerintah hari ini. Semalam, Kerajaan telah meluluskan pertaruhan atau JUDI Piala Dunia 2010 dan diberi Lesen kepada kumpulan BERJAYA. Apakah alasan untuk mengawal judi haram berleluasa, maka di'halal'kannya.

Taubatlah saudaraku...takutlah akan neraka Allah yang membakar dimana bahan bakarnya adalah terdiri daripada Jin dan Manusia.

Berikut kenyataan yang dipetik daripada BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Bernama

p/s :- Buka minda, tanya iman, dimanakah kita..bersama mereka yang zalim atau mengikuti jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah SAW.

Monday, May 10, 2010

Sukan Pasti di Pekan Trolak


Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah SWT atas limpah dan nikmatnya, kita semua masih diberi kesempatan untuk berada di bumi Allah ini.

Hari ini telah berlangsungnya satu tugasan jamaah, iaitu menjayakan Sukan Pasti 2010 yang berlangsung di Pekan Trolak. Seawal jam 5.00 pagi, aku telah bangun menyiapkan persiapan terakhir untuk memastikan segala tugasan yang diamanahkan kepada aku dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Zaujah amat memahami tentang segala amanah ini, lantas sempat menyiapkan sarapan dengan segelas kopi Radix untuk sarapanku. Walaupun aku tahu, sepatutnya cuti hujung minggu begini, tak perlu tergesa-gesa menyediakan sarapan..Terima kasih..

Melihatkan kehadiran murid dan ibubapa memenuhi padang majlis yang dipenuhi deretan khemah itu, aku merafakkan syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Kami pihak AJK tidak bersendirian, turut dibantu oleh sukarelawan seramai 25 orang.

Majlis berjalan lancar, dipengerusikan oleh Cikgu Azhari selaku Pengarah Pasti. Apa nak buat, MC yang ditugaskan pada awalnya tak dapat hadir..

Sepanjang acara, aku lihat Ustaz Zarir selaku pengarah sukan Pasti 2010 berpeluh-peluh di tengah padang. Apa tidaknya, nak pastikan acara berjalan lancar, nak dengar protes dari guru lagi, dan macam-macam lagi.. Aku gembira dengan suasana begini, bukan kerana berjaya buli orang lain, tetapi dapat memberi pengalaman baru kepada sahabat-sahabat untuk terus belajar, dan belajar sebagai persediaan kepimpinan.

Hampir tamat acara, hujan turun dengan membasahi bumi Pekan Trolak. Aku yakin, ini merupakan rahmat Allah..walaupun hujan, acara guru, acara ibu dan acara bapa tetap diteruskan..

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-hambaMu yang berkumpul kerana memikul beban DakwahMu..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini