Friday, July 30, 2010

Ihtifal Tadika Islam Perak Peringkat Zon 2010



ATURCARA MAJLIS

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Bacaan Doa

  • Acara Pertandingan

1. Azan

2. Hafazan (L & P)

3. Bacaan Doa (L & P)

4. Sajak

5. Bercerita

6. Nasyid

11.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

  • Acara Selingan/Persembahan
  • Ucapan Pengerusi Persatuan Tadika Islam Perak
  • Ucapan Perasmian (PTA Batang Padang)
  • Penyampaian Hadiah


12.40 t.hari : Jamuan dan bersurai


Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Sya'ban dan Puasa Sya'ban

Berikut dinukilkan beberapa hadis untuk renungan dan amalan kita bersama.. Insyaallah.

1.
Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu (pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )


2. Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

3. Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

4. Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Walau bagaimanapun, apa yang terbaik kepada kita sebagai jalan untuk bertaqarrub kepada Allah ialah dengan membanyakkan amalan sunat seperti berpuasa sunat, qiamulail dan ibadah-ibadah lain, tidak kira sama ada di malam nisfu sya'ban atau tidak. Sebaiknya, umat Islam dituntut beristiqamah dalam beramal walaupun sedikit lebih baik daripada melakukan ibadah secara bersungguh-sungguh pada waktu-waktu tertentu sahaja. Walllahua'lam.

Bersama Jambori Amal Tg Malim 2010


Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu." (Riwayat Muslim)

Selama 3 hari 2 malam, iaitu pakej menyertai jambori Amal Tg Malim 2010 ini sempat disertai oleh aku walaupun masih gagal untuk hadir sepenuhnya. Namun kesempatan hadir pada hari pendaftaran sehingga malam dan menyelesaikan majlis penutup pada hari terakhir telah banyak membantu aku belajar dan terus belajar untuk beramal.

Bukan senang untuk menjadi ahli amal yang komited terhadap tugas memberi khidmat kepada masyarakat. Aku sering kalah dalam hal ini..tak lawan dengan sahabat-sahabat yang lain, begitu istiqamah dan sentiasa ke hadapan dalam hal-hal begini.

Al kisah, minggu ini merupakan minggu yang paling banyak pertembungan yang terpaksa aku lalui. Hal ini betul-betul menguji aku untuk meletakkan Awlawiyyat di tempat yang betul. Minggu ini adalah minggu Kenduri di rumah Keluarga pada petang Sabtu, malamnya aku bergegas ke rumah Pakcik Mokhtar di Sg Bil. Penat memang penat, tetapi melihatkan wajah Pakcik Mokhtar begitu ceria menyambut kedatangan aku dan Pak Ya (Sdr Yahaya) ke rumahnya, terdetik dalam hati, aku dah sempurnakan hajatnya, Alhamdulillah. Masih terngiang-ngiang lagi pesan guru-guruku bahawa Allah akan menunaikan hajat kita selama mana kita penuhi hajat saudara kita, Insyaallah.

Minggu ini juga berlangsung Ijtimak yang diadakan di Trolak Selatan. Apa lagi, sampai di kampung, bertalu-talu pertanyaan tentang hal itu. Serba salah aku menjawab walaupun aku tahu, aku tak mampu untuk hadir ke majlis itu.. Ya Allah..Ampunkan dosa-dosaku..

Pagi Ahad, bergegas ke jambori kerana aku ditugaskan mengendalikan Majlis penutup. Alhamdulillah, sampai pada masa yang betul. Majlis penutup berjalan lancar dan telah disempurnakan oleh AF Tn Imam kholili, selaku penasihat Amal Tg Malim.

Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi, telah diawalkan daripada jadual asal kerana perlu menghadiri walimah di Kg Sabar Jaya. Selesai menjamu selera di walimah tersebut, aku bergegas pulang untuk membereskan beberapa hal lagi yang masih tidak disiapkan..Sempat beli Ais Batu Campur di Slim River. Walaupun tekak sakit, bila balik rumah makan dengan anak-anak, terlupa sekejap sakit tekak, dah alang-alang makan, biar sampai kenyang....

Tuesday, July 20, 2010

Berjalan-jalan Ke Bukit Fraser










Friday, July 16, 2010

Bulan Sya'ban Menambah Rinduku Pada Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 14, 2010

Allah Uji Orang Beriman

Sheikh Sya'rawi berkata : Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran.

Ayat ke-142

Firman Allah SWT yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Iktibar dan fiqh ayat

i. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Peristiwa perang Uhud banyak memberi pengajaran kepada umat Islam.

"Apa yang berlaku banyak hikmahnya antaranya memberi peluang kepada kaum Muslimin untuk muhasabah dan merapatkan saf perpaduan dan perjuangan.

"Ia juga ujian kepada kaum Muslimin dalam perjuangan mengejar syahid dan syurga".

ii. Hamka berkata: "Sebagai guru yang dijelaskan peranannya, menjadi satu harapan kepada kita semua untuk meneruskan setiap peninggalan daripada mereka.

"Banyak yang bersuara lantang, berfatwa menyuruh orang berjuang dan bersabar.

"Sangat mudah untuk berkata sedemikian sebelum mereka menyaksikan sendiri betapa payahnya berjuang dan pahitnya untuk bersabar".

iii. Al-Sonhadji berkata: "Sesungguhnya memerangi hawa nafsu untuk menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak manusia amatlah berat memikulnya.

"Namun jika menang dalam perjuangan itu, ganjaran yang akan diperolehi ialah mendapat kemenangan dan kejayaan di dunia ini, dan mendapat ganjaran di akhirat dengan memperolehi syurga jannatunna'im".

Ayat ke-143

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: "Kamu orang yang beriman begitu bersemangat untuk bertempur dengan musuh sebelum hari ini. Sedangkan apabila bertemu dengan mereka kamu bimbang pula".

ii. Al-Qurtubi berkata: "Ayat ini menjadi celaan bagi mereka yang kalah lebih-lebih lagi yang menggesa Nabi SAW supaya keluar daripada Madinah dalam peperangan Uhud.

"Walaupun begitu, ditegaskan di sini ada di kalangan orang yang beriman yang memohon daripada Allah supaya dikurniakan syahid dan mereka memohon kesabaran untuk berjihad sekalipun membawa kepada kematian".

iii. Al-Alusi berkata: "Ayat ini ditujukan kepada kumpulan orang yang beriman yang tidak menyertai perang Badar kerana tidak menyangka berlakunya peperangan".

iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Mereka dikecam kerana berpaling dari pertemuan dengan musuh ketika diberikan kesempatan.

"Dalam satu riwayat Rasulullah SAW mengingatkan: Wahai manusia, janganlah mengharapkan pertemuan dengan musuh (peperangan), mohonlah perlindungan Allah SWT dan bersabarlah apabila bertemu mereka. Sesungguhnya syurga di bawah bayang-bayang dan naungan pedang".

v. Al-Sonhadji berkata: "Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang berjuang dalam medan perang Uhud.

"Yang demikian itu ialah kerana ramai sahabat Nabi SAW yang tidak turut serta dalam peperangan Badar, ingin benar hendak keluar menerpa musuh yang telah berkhemah menunggu di luar bandar Madinah, dengan harapan mereka dapat mengalahkan musuh dan di samping itu memperoleh pula keuntungan seperti orang-orang yang bertempur di medan perang Badar dahulu".

Ketahuilah saudaraku, syurga Allah SWT nilainya amat tinggi dan mahal. Justeru, marilah sama-sama kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya untuk melayakkan kita memasuki syurga-Nya. Amin.

Sumber: Halaqah.net

Sunday, July 11, 2010

Makan Nasi Buluh di Ulu Slim


Alhamdulillah, sedapnya dapat makan nasi yang dimasak dengan buluh. Jarang-jarang dapat makan special begini.

Semalam, lepas Usrah di rumah Pak Ngah Omar di kampung Pasir, kami dihidangkan dengan menu yang jarang-jarang nak jumpa. Terus terang aku katakan, menu nasi buluh ni hanya jumpa dalam program Jambori atau perkhemahan jer. Tak sangka, kat usrah pun ada menu macam ni..menarik sungguh.

Yang penting bukanlah pasal makan, bila datang usrah ..tetapi banyaklah perkara-perkara menarik dan menambahkan ilmu setiap kali hadir Usrah ni. Tak kiralah, sebagai Naqib ke atau sebagai peserta, pasti ada sesuatu yang bermanfaat dan dapat meningkatkan keimanan, selain meningkatnya ilmu dan amalan.

Buat sahabat-sahabat di luar sana yang malas nak berusrah dengan seribu alasan, fikirkanlah..Jika kita kurang ilmu, banyak yang dapat dipelajari dalam usrah ni, dan jika kita berilmu, kita dapat kongsikan bersama rakan-rakan usrah. Hah.. kan dah jadi proses belajar dan mengajar. Selagi proses ini berjalan, insyaallah kita akan selamat di Dunia dan Akhirat.

Buat akhirnya, terima kasih kepada Pak Ngah Omar sekeluarga kerana sudi menjadi tuan rumah untuk usrah kali ini..Wallahua'lam.

Saturday, July 10, 2010

Jom Puasa Sunat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini