Friday, July 8, 2011

Berjambori Amal di Kampung Poh..


Setiap tahun, aku tidak akan lepaskan peluang untuk bersama sahabat-sahabat seperjuanganku menghadiri satu program yang cukup bermakna dan banyak menfaatnya kepada sesiapa yang menyertainya. Aku suka sangat program Jambori ni..apatah lagi, penganjurnya adalah Jabatan Amal. Kalau sekadar pasukan beruniform lain-lain yang menganjurkan perkhemahan, aku biasanya tak peduli, kecuali perlu sertai atas tugasan dan perjawatan.

Malam itu, aku terpaksa lambat untuk ke Jambori yang diadakan di Kampung Poh, Bidor, Perak. Memang agak tragis juga, sebab tempat tu asing bagi aku dan agak jauh di hujung kampung. Atas dasar aku memang diamanahkan untuk bersama Tn Hj Din (Berpangkat Ketua Urusan Ulama')yang berkebetulan perlu menghadiri mesyuarat pada malam itu. Jadi, tepat jam 12.00 malam, kami pun bertolak dari Slim River.

Sampai di Bidor, singgah minum kat kedai mamak dan terus bergerak menuju ke lokasi. Kira-kira jam 2.00 pagi, kami pun sampai di kawasan yang ditetapkan. Mata pun mengantuk, terus tidur..

Tepat jam 4.30 pagi, Tn Hj Din mengejutkan kami..bangun untuk Qiamulail. Kalau di rumah, rasa-rasa tak tentu lagi ni..Alhamdulillah, kekuatan diberi oleh Allah bilamana kita berada dan bekerja dalam keadaan berjamaah. Indahnya Islam bagi yang menghayatinya..

Selesai Solat Subuh, Tn Hj memberikan Tazkirah ringkas kepada semua peserta. Walaupun ringkas, tapi cukup mengesankan. Ditambah pula dengan suasana yang sunyi, dikelilingi kawasan hutan, di tepi sungai..cukup mengesankan dan menginsafkan.

Mengikut perjanjian dengan Tn Hj, kami akan balik setelah sarapan kerana kami akan ke suatu program di Slim Village. Tapi, keterujaan Tn Hj bila nampak sungai, ditambah pula dengan jala yang siap tergantung di bucu khemah..terus capai jala dan ke sungai. Itulah hobi Tn Hj ni..menjala ikan. Dalam setengah jam, beliau dah tunjukkan isyarat 'bagus' pada kami, lebih sekilo juga ikan yang diperoleh. Aku la yang paling banyak perabis bila dah goreng..memang sedap. Ikan segar la katakan.

Walaupun Jambori masih belum berakhir, aku dan Tn Hj bergegas pulang kira-kira jam 9.30 pagi. Bertolak balik dalam suasana hujan yang agak lebat. Alhamdulillah, pada penilaian aku, program itu berjaya dan wajib diteruskan demi kelangsungan aktiviti bagi meraikan kelainan minat dan kecenderungan ummat, terutamanya anak-anak muda. Wallahua'lam.