Tuesday, April 21, 2009

Aktiviti Hujung Minggu Ini..








Monday, April 13, 2009

Bergaya Dengan Pakaian Seragam Baru

Hari ini setelah 3 bulan bersekolah, terdengar laungan suara Azfar memekik memberitahu sebaik sahaja melihat ayahnya melangkah masuk pintu hadapan. Apa lagi, bercerita skana la tentang baju baru yang diberi oleh gurunya.

Seronok betul la dapat baju baru. Teringat pula di zaman kanak-kanak dulu. Gitu juge ler gamaknya...






Thursday, March 26, 2009

Selamat Hari Lahir IBTISAM

Hari ulangtahun kelahiran ke 7.

Ayah doakan anakanda berjaya di dunia dan akhirat..








Wednesday, February 11, 2009

Gotong Royong Membersihkan Kawasan Quarters











Ribut Melanda Rumah Guru Slim Village















Thursday, January 29, 2009

Gambar Terbaru Anak-anakku











Berkhemah Di Gunung Marong

Sempena Maal Hijrah 1430, JKKK Kampung Rasau telah menganjurkan Kem Maal Hijrah Remaja bertempat di Gunung Marong. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada remaja kampung tersebut telah berkhemah selama 2 hari satu malam.



Aku bersama seorang sahabat juga diamanahkan menjayakan beberapa slot dalam program tersebut. Alhamdulillah, walaupun agak jauh, kami berjaya juga sampai ke destinasi.

Perjalanan dari Kampung Rasau mengambil masa selama 35 minit. Kemudian, kami perlu berjalan kaki pula selama kira-kira 25 minit untuk sampai ke tapak perkhemahan. Sungguh menakjubkan melihat ciptaan Allah. Yang agak menakutkan aku, apabila terpaksa bermalam dalam gelap di tengan hutan. Dah lah gitu, pacat sebesar ibu jari. Nak kata takut tu, malu pulak, tapi kurang menyenangkan lah..

Program tamat pukul 12 tengah hari berikutnya. Yang tragisnya, dalam perjalanan pulang, sahabatku Azhari tak dapat mengawal motosikalnya, dan terjatuh ketika menuruni bukit. Sedih pulak tengok sahabat aku sorang ni.. tapi semangat dia tetap kental.

Beberapa kenangan sempat aku rakamkan untuk dikongsi..




Semoga usaha yang sedikit ini dipandang oleh ALLAH swt...

Wednesday, October 29, 2008

Selamat Hari Lahir Yang ke- 8 Tahun

Hari ini, genaplah umur anak sulungku, Muhammad Azim 8 tahun. Beria benar hari ini nak ke sekolah. Semalaman telah bersiap sedia dengan makanan yang di isi di dalam beg untuk diberi kepada rakan-rakan dan guru di sekolahnya.

Semoga anak-anakku membersar dengan Hidayah dan taufik dari Allah SWT.

Selamat Hari Lahir.. Teruskan perjuangan..

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 2, 2008

Ihtifal Tadika Islam Peringkat Zon 2008

Hari ini, 27 Ogos 2008, aku menemani anak keduaku, Ibtisam ke Ihtifal Tadika Islam Perak peringkat Zon. Walaupun memperolehi tempat ketiga, mudah-mudahan ianya menjadi pengalaman yang sangat berguna di masa-masa akan datang.

Pertandingan di peringkat zon melibatkan zon Perak Tengah, zon Tapah dan Zon Slim River. Acara bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Pertandingan kali ini di adakan di SAR Sungkai.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak. Antara acara yang dipertandingkan ialah Nasyid, Hafazan, Doa dan Azan.