Tuesday, March 30, 2010

Selamat Hari Lahir ke 2 Buat Irdina


Dengan nama Allah yang maha Penyayang lagi Pengasih.

Sekalung ucapan tahniah buat Irdina, di atas hari ulangtahun kelahirannya yang ke 2 (29 Mac). Memang niat nak posting malam tadi, tapi tak sempat. Alhamdulillah, pagi ni, sempat juga.

Doa dan harapan, Allah mudahkan urusan hidup di dunia dan akhirat dalam keberkatan dan sentiasa diberi hidayah dan petunjuk kebenaran. Amin ya Rabbal A' lamin..

Friday, March 5, 2010

Selamat Hari Lahir IBTISAM



Sejak seminggu yang lepas, tak henti-henti aku diperingatkan tentang hari jadinya yang ke 8 tahun. Itulah antara ragam anak keduaku. Waktu itu, kalau nak suruh buat ape pun, pasti tak bantah punya. maklumlah, takut tak dapat hadiah hari jadi.

Hari ni, selepas habis sesi persekolahan, kira-kira jam 12.30 tengah hari, bergegas aku ke kedai kek. nasib baik kat Slim River ni ada kedai kek yang diusahakan oleh orang Islam. Apa lagi, hadiah yang paling cepat dan mudah diuruskan, terus aku beli kek.

Seperti yang dijangka, sampai jer kat rumah, terus Ibtisam tanya tentang kek hari jadinya. Tu yang tak sempat tukar baju sekolah, terus potong kek..

Semoga kalian terus dewasa bersama Redha Allah. Selamat Hari Lahir.

Wednesday, February 24, 2010

Kursus Setiausaha PIBG Fasa 2



Kursus ini telah dijalankan di PKG Tapah, Tapah Road.

Seramai 30 orang pesesrta telah menyertai kursus ini yang bermatlamat membina blog dan menjalinkan hubungan dengan komuniti.

Kursus bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Pengisian kursus amat menarik yang disampaikan oleh En Syaridun, Pegawai PKG.

Terima kasih..

Monday, February 22, 2010

Majlis Pertunangan Shahril

2o Februari 2010, jam 9.00 pagi, kami sekeluarga bersama beberapa pasangan jiran telah ke Teluk intan, bertujuan meminang untuk adik lelaki aku, Mohamad Shahril. Majlis berjalan seperti yang dirancang.

Insyaallah, majlis perkahwinan dijangka akan diadakan pada Januari 2011.

Selamat bertunang.



















Wednesday, February 17, 2010

Gambar Terbaru Irdina









Kursus Setiausaha PIBG

Pada 5 dan 6 Februari yang lalu, semua setiausaha PIBG Daerah batang Padang dan Hulu Selangor telah menghadiri kursus untuk meningkatkan keberkesanan dan merealisasikan Guru Sebagai Pemimpin Dalam Masyarakat.

Banyak ilmu-ilmu yang diperolehi. Terima kasih kepada pihak penganjur, Prof Dr Omar Abd Karim merupakan Dekan Institut Pengajian Siswazah, En Rauhi, dan lain-lain yang telah banyak berkongsi pengalaman dan memberi input-input baru sebagai pendidik yang cemerlang.

Terima kasih daun keladi...










Friday, January 29, 2010

Sukan Sekolah Azim dan Ibtisam


Bersedia untuk Lari...


Ibtisam Menang tempat Ketiga Acara 200 M


Acara 200M. Azim Tempat ke 5


Bersedia Untuk Acara 4 X 50M




Acara 4 X 100M


Gaya Atlet...?!!

Wednesday, January 6, 2010

Pecat Imam Pas

Hari ni, macam biasa, balik sekolah agak lewat. Sebelum ke kedai untuk membeli barang keperluan, singgah di Masjid Slim dulu untuk bersolat Zuhur.

Selesai mengambil wudhuk, terus berjalan ke dalam masjid.

Waktu nak mula Solat, tiba-tiba ternampak seorang kenalan dari Trolak Selatan. Beliau juga seorang Imam di Masjid Trolak Selatan. Aku pun terus sembahyang bersama dengannya dan berimamkan beliau.

Selesai Solat, sembang-sembanglah..maklumlah, agak jarang juga berjumpa.

Al kisah, terceritalah tentang Masjid kampung dia. Katanya, masjid dah bertukar pengerusi kepada yang lebih brutal. Khabarnya mereka dalam perancangan nak gugurkan imam-imam Pas yang kebetulannya semua imam di masjid itu orang Pas.

Menurutnya, cara yang dijalankan amat licik, sengaja mewujudkan provokasi agar imam-imam ini meletakkan jawatan. Tapi, mujurlah hal ini telah dihidu awal oleh ketiga-tiga imam ini, lantas akan mempertahankan jawatan tersebut demi amanah masyarakat.

Berbeza dengan pemikiran puak-puak brutal ni.. bercadang nak tukar imam, ganti imam UMNO dengan harapan boleh buat masjid tu macam pejabat UMNO..

Inilah dunia hari ini.. kononnya Pengarah JAIP main politik. Siapa yang main politik sebenarnya..Sama-samalah kita fikirkan.. Perteguhkan iman, kuatkan semangat untuk terus menjahanamkan UMNO.. Wallahua'lam.

Selamat Hari Lahir ke 5 (Tahun)

Pada 27 Disember 2009, genaplah umur Azfar 5 tahun. Maka kesempatan ini kami sekeluarga raikan dengan membeli kek atas permintaannya, iaitu Kek mesti ada bendera.

Alhamduillah, dapat juga kek yang diidamkan.

Petang tu hujan. Bila aku sampai je kat rumah, tengok Azfar dah tertidur. Mungkin penat tunggu aku agaknya.

Bila bangun je dari tidur, terus dia menjerit, mana kek Azfar.. Tak sempat nak tukar baju, terus ambik kek dan nak potong. Tu yang gambar macam tu..ha..ha..

















Monday, December 28, 2009

Sujud Sahwi dan Permasalahannya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Sujud Sahwi bukanlah perkara rukun dalam Solat, tetapi ianya dapat menampung kecacatan yang terdapat dalam Solat yang kita kerjakan. Mari kita halusi tentang Sujud Sahwi ini...

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi

Dalam mazhab as-Syafie, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.

Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"

Adakah Memadai Dua Kali Sujud Sahaja Jika Banyak Berlaku Kesalahan Dalam Sembahyang?

Imam Khatib as-Sharbini menyatakan dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, adalah memadai dengan dua sujud sahaja walaupun berlaku berbagai-bagai jenis kelalaian, sama ada tertambah, terkurang atau kedua-duanya sekali. Ini berdasarkan hadits riwayat Imam Bukhari, bahwasanya Abu Hurairah Radhiallahu anhu telah berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah bersembahyang fardhu Zuhur ataupun Asar bersama kami, lalu Baginda memberi salam. Kemudian berkata kepadanya Zul Yadain: "Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang telah dikurangkan?". Lalu Baginda pun bertanya kepada sahabat-sahabatnya: "Benarkah apa yang dikatakannya?" Para sahabat lalu menjawab: "Benar ya Rasulullah". Lalu Baginda pun menyambung dua rakaat terakhir sembahyangnya tadi kemudian Baginda pun melakukan sujud dua kali sujud (sujud sahwi)".

(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Berdasarkan hadits tersebut, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam hanya melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali sujud sahaja sedangkan Baginda telah terlupa dua rakaat penuh termasuk rukun-rukun serta sunat-sunat abadh yang ada dalam kedua-dua rakaat tersebut.

Hukum Melakukan Sujud Sahwi Selepas Salam

Menurut pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafie, waktu untuk mengerjakan sujud sahwi itu ialah setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam, ini berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abdullah bin Buhainah Radhiallahu anhu telah berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berdiri setelah dua rakaat bersembahyang fardhu Zuhur tanpa duduk untuk membaca tahiyyat awal. Setelah selesai Baginda bersembahyang (sebelum memberi salam), Baginda pun melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) lalu memberi salam".

(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Bagaimanapun, disunatkan juga untuk melakukan sujud sahwi selepas salam jika terlupa untuk mengerjakannya sebelum salam dengan syarat belum jauh jarak waktu pada kebiasannya di antara salamnya tadi dengan waktu teringat dan juga tidak terkena najis, sekalipun seseorang itu telah bercakap-cakap sedikit (kira-kira tidak membatalkan sembahyang) ataupun telah membelakangi qiblat sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni al-Muhtaj. Ini berdasarkan hadits dari Abdullah bin Masud Radhiallahu anhu, beliau telah berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah bersembahyang Zuhur bersama kami sebanyak lima rakaat. Setelah Baginda memberi salam, lalu ditanyakan kepadanya: "Adakah telah ditambah (rakaat) sembahyang?" Lalu Baginda bertanya kembali: "Apa yang ditambah?" Lalu para sahabat pun menjawab: "Tuan telah bersembahyang lima rakaat". Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam pun melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi)".

(Hadits riwayat Imam Muslim)

Dari Shahih Imam Bukhari pula meriwayatkan, bahwasanya Abu Hurairah Radhiallahu anhu telah berkata:


Maksudnya: "Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah mengerjakan satu daripada dua sembahyang siang (kemungkinan besar ianya adalah sembahyang fardhu Asar mengikut pendapat Muhammad bin Sirin) sebanyak dua rakaat lalu Baginda memberi salam. Kemudian Baginda pun bangun lantas menuju ke arah sebatang kayu (tiang) yang terletak di muka masjid lalu meletakkan tangan Baginda pada kayu tersebut (bersandar padanya).

Antara kalangan para sahabat yang hadir pada ketika itu ialah Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar al-Khattab Radhillahu anhuma. Kedua-dua sahabat itu merasa segan untuk menghadapkan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Maka jemaah yang berada dalam masjid pun keluar cepat-cepat lalu bertanya: "Adakah sembahyangAsar itu tadi telah diqasharkan? Kemudian bertanya pula seorang sahabat yang digelarkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sebagai Zul Yadain: "Adakah Tuan tadi terlupa ataupun shalat itu tadi telah diqasharkan?". Baginda pun menjawab: "Aku tidak terlupa dan shalat itu tadi pun tidak diqasharkan" Lalu Zul Yadain berkata lagi: "Betul, Tuan tadi telah terlupa".

Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam pun menyambung kembali sembahyangnya sebanyak dua rakaat, lalu memberi salam, kemudian bertakbir, lalu melakukan sujud sebagaimana sujud yang biasa ataupun lebih lama dari itu. Selepas itu Baginda pun bertakbir kemudian sujud lagi sebagaimana sujud yang biasa ataupun lebih lama dari itu. Sesudah itu Baginda mengangkat kepalanya dan bertakbir."

(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Kedua-dua hadits di atas menerangkan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah melakukan sujud sahwi selepas Baginda memberi salam sedangkan Baginda telahpun berkata-kata, berjalan dan berpaling dari arah qiblat. Akan tetapi, jarak masa di antara salam dan waktu Baginda diingatkan oleh para sahabat itu tidak panjang yakni belum lagi lama.

Sebaliknya, jika jarak masanya sudah jauh maka luputlah sujud sahwi tersebut berdasarkan pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafie. Begitu juga jika sekiranya seseorang itu terkena najis ataupun telah bercakap-cakap dengan banyak.

Bagaimanapun, jika seseorang itu dengan senghaja memberi salam sebelum melakukan sujud sahwi, maka luputlah sujud sahwi tersebut kerana tempat sujud sahwi itu asalnya ialah sebelum salam sedangkan dia telah dengan senghaja menutup sembahyangnya dengan memberi salam.

Pendapat Ulama Mengenai Kadar Jangka Masa Pendek Ataupun Panjang Dalam Permasalah Sujud Sahwi.

Diibaratkan oleh para ulama, kadar jangka masa pendek itu seperti apa yang dinukil tentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada kisah Zul Yadain. Dalam kisah tersebut, digambarkan bahawa Baginda bangkit dan pergi ke suatu penjuru masjid, lalu ditanya oleh Zul Yadain dan pertanyaan Baginda kepada sahabat serta jawapan mereka. Sementara kadar masa panjang pula ialah apa yang melebihi daripada kadar masa yang digambarkan dalam khabar Zul Yadain tersebut.

Menurut al-Buwaithi dan Abu Ishaq pula, bahawa kadar jangka masa panjang itu ialah apa yang melebihi kadar masa serakaat.

Sementara menurut Abu Hurairah, bahawa kadar jangka masa panjang itu ialah kadar sembahyang yang sedang dilakukan sama ada dua, tiga atau empat rakaat.

Hukum Jika Teringat Ada Kekurangan Dalam Rukun Sembahyang Selepas Memberi Salam

Menurut pendapat Imam Nawawi, jika seseorang itu teringat bahawa dia telah terlupa sesuatu rukun dalam sembahyangnya selain daripada niat dan takbiratul ihram sesudah memberi salam, misalnya terlupa untuk ruku, sujud, membaca surah al-Fatihah dan sebagainya dalam sembahyangnya tadi, jika jarak waktu teringat akan kelalaian tersebut masih belum lagi jauh pada adat kebiasaannya selepas memberi salam, maka wajiblah ke atasnya menyempurnakan sembahyang itu mengikut tertib sembahyang, kemudian melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Bagaimanapun, jika jarak waktu di antara keduannya sudah jauh, maka wajiblah ke atasnya mengulangi sembahyang tersebut.

Umpamanya jika dia terlupa untuk membaca surah al-Fatihah pada rakaat yang terakhir, wajib ke atasnya untuk berdiri betul dan membaca surah al-Fatihah kemudian menyambung sembahyangnya itu mengikut tertib dalam rakaat akhir kemudian melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.