Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.
Insyaallah, saya bercadang untuk menambah tulisan di blog saya ini. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya.
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.
Insyaallah, saya bercadang untuk menambah tulisan di blog saya ini. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya.
Posting ni aku paste dari laman harakahdaily. Aku anak peneroka. Aku memang tak bersetuju dengan penyertaan peneroka dalam saham FGVH ni. So...aku ni kira anak haramjadah dan anak kepada peneroka muka tak tau malu lah..
Agak-agak la sikit. Takut nanti bila sudah tidak berkuasa, dilayan macam anjing kurap jer. Jadi..masa berkuasa, beringatla sikit..
Selanjutnya, bacalahlah artikel ni, ...
Para peneroka yang membantah penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia sekali lagi menjadi sasaran cacian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Jika pada satu ketika dulu Najib memaki hamun peneroka-peneroka tersebut sebagai haramjadah, dalam lawatannya ke Felda Chini hari ini beliau menyifatkan peneroka tersebut mereka sebagai 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu.
Ahli Parlimen Pekan itu turut mengcop peneroka-peneroka berkenaan sebagai pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan peneroka Felda di peringkat global.
"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," laungnya dalam nada menyindir.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini semalam.
Umum mengetahui, di sebalik penyenaraian tersebut bukan peneroka yang hanya diberikan 800 unit saham yang untung, tetapi Pengerusi Felda yang sedang hebat dipertikaikan yang mengaut durian runtuh sebenar iaitu Tan Sri Isa Samad, yang dianugerahkan sebanyak 180,000 unit saham.
Begitu jugalah dengan Pengerusi FGVH Datuk Sabri Ahmad. Barangkali Najib tidak sedar, peneroka-peneroka Umno juga turut mempersoalkan kenapa mereka diberi jumlah saham yang sangat kecil sehingga tidak padan untuk menjadi kaya raya sebagaimana diisytiharkan.
Sudahlah hanya diperuntukan tidak sampai satu lot (1,000 unit) saham bagi membolehkan mereka berjual beli, peneroka dipaksa pula berhutang dengan mengisi borang pinjaman yang tidak tahu berapa jumlahnya yang sebenar.
Sebaliknya Najib dengan bangganya pada majlis tersebut menguar-uarkan bahawa transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.
"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.
Najib bercakap besar dengan penyenaraian tersebut namun pada hakikatnya terpaksa menyandarkan ratusan ribu ekar Tanah Rizab Melayu yang dipajak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada FGVH. Jadi tidak boleh dipersalahkan kepada peneroka jika mereka menentang kerana apabila tanah-tanah milik Melayu tersebut diniagakan di pasaran saham, bermakna sesiapa sahaja boleh membelinya termasuk pemain-pemain saham luar.
Itupun, nasib baiklah FGVH gagal mengheret Koperasi Permodalan Felda (KPF) setelah dilakukan oleh injunksi oleh peneroka.
Sayugia diingat peneroka telah membangunkan tanah Felda daripada hutan belantara sejak setengah abad yang lalu dengan titisan keringat, darah dan air mata maka sudah tentu mereka tidak ingin hak mereka tergadai di depan mata.
Sebagai mana diketahui, tidak ada yang percuma bagi peneroka yang memasuki tanah rancangan. Baik tanah ladang mahupun rumah, baja dan racun, jalan ladang, pinjaman sara hidup hinggalah kepada kereta tolak dan sarung tangan, semuanya dikira hutang, dicaj dan dipotong melalui hasil yang dihantar ke kilang.
Mungkin ada pemimpin Umno yang mengungkit, jika tanpa tanah Felda 112,000 peneroka seluruh negara tidak bertanah. Namun semua itu didapati bukannya secara percuma. Malah hasil penat jerih komuniti tersebutlah Felda muncul menjadi estet terbesar di dunia dan mengaut hasil kedua terbesar untuk negara selepas Petronas.
Kenapa tidak mahu langsung mengiktiraf peranan peneroka?
Sebab itu apabila Najib mengumumkan pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang yang akan dibayar mulai esok, ia sebenarnya bukan duit poket pemimpin negara malah duit peneroka juga.
Bagi peneroka yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas, jika benar-benar Felda mahu mengangkat martabat mereka sudah cukup dikembalikan wang kadar perahan gred (KPG) yang ditipu sejak tidak kurang 15 tahun yang lalu. Ini dibuktikan dengan saman peneroka seluruh negara terhadap Felda. Jumlahnya difahamkan menjangkau puluhan ribu ringgit seorang.
Peneroka juga tidak dikembalikan wang tabung tanam semula (TTS) yang dipotong sejak hampir 30 tahun yang jumlahnya tidak kurang daripada RM17,000 seorang. Malahan banyak lagi Felda ‘terhutang’ kepada peneroka.
Justeru jika benar-benar pemimpin negara mahu melihat martabat peneroka terangkat, generasi kedua dan ketiga Felda juga tidak boleh diabaikan. Bayangkan, masih ada warga Felda yang tinggal bersama sehingga tiga generasi dalam sebuah rumah.
Masalah sosial di kalangan warga Felda juga amat digeruni pada masa ini. Bayangkan, tidak ada satu tanah rancangan pun yang tidak dijangkiti masalah dadah. Semua orang tahu anak-anak peneroka yang berjaya berada di luar Felda maka tinggallah yang kurang bernasib baik di situ.
Kenapa Najib bercakap tentang kekayaan saham Felda di pentas dunia sedangkan nasib warga Felda tidak dibela sewajarnya?
Sebab itu tawaran Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan iaitu tanah Felda Plantation (yang sudah dipajak 99 tahun kepada FGVH) akan diagihkan kepada generasi kedua Felda yang layak. Kerana pelaburan melalui pemilikan tanah adalah lebih menguntungkan daripada main saham kerana hasilnya boleh dimakan hingga ke anak cucu!
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi [ke masjid] untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"
Dan Rasulullah SAW juga bersabda :
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim
Akibat kelewatan yang terjadi, maka yang terlewat ni terus pusing patah balik. Inilah yang menjadi tanda tanya? Tak ada penyelesaiankah dalam hal macam ni, atau diandaikan yang patah balik tu mungkin kurang faham kut nak buat macam mana.
Di sini, aku cuba coretkan secara ringkas dan paling mudah untuk sama-sama kita fahami, bagi sesetengah yang rasa-rasa kurang faham..
- jika anda masbuk atau tertinggal pd rakaat pertama maka kena tambah 1 rakaat lg.
- jika anda masbuk pada rakaat kedua maka anda perlu tambah 4 rakaat.
* peringatan: bila dikatakan tertinggal pada rakaat kedua ?
- tertinggal rakaat kedua ialah anda x sempat ruku' sebelum imam bangun dari ruku' pada rakaat yang kedua.
Dalam masalah begini, niat masih lagi niat Solat Jumaat kerana anda mengikut imam Solat Jumaat, cuma dari segi perlakuan, anda kena tambah 4 rakaat seperti Solat Zohor.
Perbahasan ini dibincangkan dalam kitab-kitab fekah dan inilah teka-teki yang biasanya dijadikan soalan menguji kefahaman.. 'Apakah perkara yang Niat lain, buat lain?..
Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya buat diri aku yang kurang pengetahuan dan pengalaman ni...Wallahua'lam.

Berdiri betul ketika bertakbiratul ihram merupakan salah satu rukun dalam solat. Maka tak sempurnalah rukun solat jika mampu berdiri, tapi tak nak berdiri ketika bersolat.
Mut’akhir ini, seringkali kita bertemu dengan seseorang yang bersolat secrara duduk di atas kerusi. Alhamdulillah, walaupun bersolat sambil duduk di kerusi, masih lagi datang ke masjid atau surau untuk solat berjamaah. Insaf juga tengok situasi ini bila dinilai kepada diri kita terutamanya diriku yang setakat ni Alhamdulillah, diberi nikmat kesihatan, mampu berdiri, mampu datang ke masjid tanpa dipimpin, tetapi selalu juga miss untuk solat berjamaah.
Dalam hal ini, ada beberapa persoalan penting yang cuba saya bincangkan. Sebagai hamba Allah yang diberi banyak nikmat, sewajibnya kita bersyukur. Sesuatu nikmat itu akan terasa amat bernilai bila ianya telah tiada atau diambil semula oleh Allah SWT daripada kita. Nikmat sihat akan dirasai nilainya bila dah terlantar sakit. Nikmat mata akan bernilai bila dah jadi rabun atau buta. Nikmat lapang akan bernilai bila disibukkan dengan hal-hal yang datang bertimpa-timpa dan perlu diselesaikan. Dan yang penting, jagalah nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada kita, iaitulah nikmat Iman dan Islam.
Seterusnya, berbalik kepada perbincangan orang yang bersolat sambil duduk di atas kerusi tadi. Boleh ke bersolat sambil duduk di atas kerusi? Ya. Memang boleh. Islam itu mudah, jangan disusahkan. Dalam apa keadaan pun, pasti ada rukhsah atau keringanan untuk umat Islam terus malakukan ibadah kepada Allah SWT. Ha, apa masalahnya sekarang?
Isunya sekarang, ada orang yang memang tak boleh berdiri atau berjalan. Hanya mampu duduk di kerusi roda. Maka tak jadi masalah untuk dia bersolat secara duduk di atas kerusi. Bagaimana pula dengan orang yang mampu berdiri atau berjalan. Tapi masih bersolat secara duduk di atas kerusi??
Sekiranya seseorang itu mampu berjalan atau berdiri, maka wajib ke atasnya berdiri atau menyempurnakan salah satu rukun solat. Al kisahnya, tak mampu nak berdiri lama. Boleh berdiri sekejap untuk menyempurnakan Takbiratul Ihram, kemudian boleh duduk jika tak mampu. Inilah pendapat ulamak fikh dalam masalah ini.
Masalahnya, memang kerap kita berhadapan dengan situasi begini. Apa nak buat. Nak didiamkan, kita berdosa. Nak tegur, kalau tak kena caranya.. jadi kes besar pulak. So, sama-sama ambil tahu dan perlu dibincangkan bersama mereka yang berautoriti supaya dapat membuat teguran. Nak bincang dengan siapa? AJK masjid ke, Ustaz yang mengajar di masjid itu ke, Sebut dalam khutbah ke, Imam tegur ke atau apa-apa yang difikirkan sesuai.
Apa pun, ni hanyalah pandangan saja..tak semestinya cara ini yang terbaik. Yang penting perlu ada sikap tegur menegur ke arah kebaikan . Sama-samalah kita amalkan ‘Amal Makruf Nahi Mungkar. Wallahua’lam.
