Wednesday, May 6, 2015
Thursday, April 30, 2015
Warna Warni Sukan SKAB kali ke 34
Sukan kali ini telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Batang Padang, En Sani daripada Unit Koko.
Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang, cuma terdapat beberapa susunan acara yang kurang sesuai.
Insyaallah, kita perbaiki tahun hadapan.
Sunday, April 19, 2015
Tahniah Kepimpinan Baru Pas Tg Malim
YDP : Ust Mohd Tarmizi
TYDP : Ust Nik Abd Hadi
NYDP : Ust Sayed Zamzuri
Urusan ulama : Ust Arman
AJK
zulkifli che nas
Abdul gani Ibrahim
Hj napiah
Hj Ismail
Hj azale
Hj kadri
Mohd isa
Hj waruah
Salim
Faidul
Hjh rohana
Hj junit
Hassan
Hj mohd desa
Kamal shaari
Roslan
Tahniah dan selamat menjalankan amanah untuk sesi 2015-2017.
Saturday, March 28, 2015
Tuesday, March 24, 2015
Iman Demam
Dah masuk hari keempat Iman demam. Dah dua kali ke klinik ambil ubat, tapi masih belum disembuhkan Allah.
Wednesday, March 18, 2015
Melawat Zoo Taiping
Dalam perjalanan balik dari Kulim ke Slim River, ambil kesempatan singgah di Zoo Taiping. Semuanya atas permintaan si kecil Iman.
Alhamdulillah, nampak puas hati Irdina dan Iman apabila dapat tengok banyak binatang. Dah tu, dapat naik keretapi pulak.
Siap ada pemandu pelancong lagi. Malangnya, pemandu pelancong tu berbangsa Cina, kurang fasih bahasa Melayu. Dah tu, bagi penerangan campur aduk dengan bahasa Cina..
Apa pun, puas hati juga la..tercapai hajat mereka nak tengok binatang di zoo.
Sunday, March 15, 2015
Tahniah Kak Jah
Tahniah sempena majlis walimah raja sehari.
Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Didoakan terus berada dalam keredhaan Allah dan dikekalkan jodoh hingga ke Jannah.
Thursday, March 12, 2015
Demam tak kebah
Hari ini dah masuk hari keempat Irdina demam tak kebah.
Pagi ni pergi poliklinik slim river, ambil darah.
Kalau masih tak kebah, hari Sabtu, kena ambil darah lagi..
Tapi agak terkilan dgn sikap seorang jururawat yang ambil darah. Kasar sungguh sikapnya.
Zaman la ni, kita dah tak bincang lagi tentang sikap jururawat yg kasar ni...tapi entahlah. Hari ni kena kat aku pulak..
Doaku, semoga dia berubah dan sedar akan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam.
Monday, March 9, 2015
Saturday, March 7, 2015
Perkhemahan tKRS Daerah 2015
Bermula 6hb hingga 8hb Mac, Seramai 110 orang ahli tKRS daerah batang padang mengadakan perkhemahan di SK Pendita Zaaba, Tapah Road.
Insyaallah, esok majlis penutup. Murid-murid dianugerahkan pangkat Kopral dan guru-guru yang layak dianugerahkan pangkat Leftenan Muda dan Leftenan oleh Pegawai PPD Batang Padang.