Saturday, March 28, 2015

Hadir Mesyuarat Agung SKAB..


Tuesday, March 24, 2015

Iman Demam

Dah masuk hari keempat Iman demam. Dah dua kali ke klinik ambil ubat, tapi masih belum disembuhkan Allah.

Wednesday, March 18, 2015

Melawat Zoo Taiping

Dalam perjalanan balik dari Kulim ke Slim River, ambil kesempatan singgah di Zoo Taiping. Semuanya atas permintaan si kecil Iman.

Alhamdulillah, nampak puas hati Irdina dan Iman apabila dapat tengok banyak binatang. Dah tu, dapat naik keretapi pulak.

Siap ada pemandu pelancong lagi. Malangnya, pemandu pelancong tu berbangsa Cina, kurang fasih bahasa Melayu. Dah tu, bagi penerangan campur aduk dengan bahasa Cina..

Apa pun, puas hati juga la..tercapai hajat mereka nak tengok binatang di zoo.

Sunday, March 15, 2015

Tahniah Kak Jah

Tahniah sempena majlis walimah raja sehari.

Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Didoakan terus berada dalam keredhaan Allah dan dikekalkan jodoh hingga ke Jannah.

Thursday, March 12, 2015

Demam tak kebah

Hari ini dah masuk hari keempat Irdina demam tak kebah.

Pagi ni pergi poliklinik slim river, ambil darah.

Kalau masih tak kebah, hari Sabtu, kena ambil darah lagi..

Tapi agak terkilan dgn sikap seorang jururawat yang ambil darah. Kasar sungguh sikapnya.

Zaman la ni, kita dah tak bincang lagi tentang sikap jururawat yg kasar ni...tapi entahlah. Hari ni kena kat aku pulak..

Doaku, semoga dia berubah dan sedar akan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam.

Monday, March 9, 2015

Perasmian Pondok Menunggu Bas

Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Kassim, ADUN Behrang.

Saturday, March 7, 2015

Perkhemahan tKRS Daerah 2015

Bermula 6hb hingga 8hb Mac, Seramai 110 orang ahli tKRS daerah batang padang mengadakan perkhemahan di SK Pendita Zaaba, Tapah Road.

Insyaallah, esok majlis penutup. Murid-murid dianugerahkan pangkat Kopral dan guru-guru yang layak dianugerahkan pangkat Leftenan Muda dan Leftenan oleh Pegawai PPD Batang Padang.

Monday, March 2, 2015

Kem Jati Diri

Allah izinkan dapat meluangkan masa meraikan program anak-anak calon UPSR 2015 di kem PLKN, Selisik, Kuala Kubu, Selangor.

Semoga anak-anak ini berjaya dunia dan akhirat. Insyaallah.

Selesai sudah AGM

Alhamdulillah, selesai sudah AGM cawangan Slim Village sesi 2015. Semoga Allah memberi keberkatan dan kekuatan untuk terus melaksanakan amanah.