Monday, November 30, 2015

Azim dan Azfar Menyertai Kem Tahfiz di Sabak Bernam

Monday, November 16, 2015

Meraikan Irdina di Hari Anugerah SRITI

Saturday, June 27, 2015

Iftar di Pasti Barakah

Hari ini Iftar Jamaie di Pasti Barakah. Bawa Iman & Irdina.

Lepas Solat Maghrib, terus bagi sumbangan duit raya kepada semua anak-anak yang datang ke majlis Iftar.

Thursday, May 28, 2015

Sukan Irdina di SRI At Ta'lim

Menemani Ayahku di Hospital Ipoh

Seawal 6.20 pagi, ayahku dah bersedia untuk ke Hospital Ipoh.

Aku pulak terpaksa urus anak-anak ke sekolah dulu, maklumlah baru sahaja balik berkursus 3 hari di Bukit Merah. Hari ni, Iman dan Irdina nak ayahnya hantar ke sekolah seperti selalu..

Sekarang...sedang menunggu ayahku diperiksa oleh doktor di Makmal Jantung, Hospital Besar Ipoh.

Semoga Allah mudahkan semua urusan.

Friday, May 22, 2015

Melawat Adik Auni di HSR

Alhamdulillah, petang ini Irdina berkesempatan melawat rakannya, adik Auni yang ditahan di ward Hospital Slim River kerana sakit buah pinggang.

Wajah ceria adik Auni menyambut rakan-rakannya yang datang melawatnya amat mengharukan sesiapa yang melihatnya. Anak kecil berusia 7 tahun ini ternyata amat tabah menghadapi dugaan ini..

Aku dapat rasakan betapa peritnya perasaan ibubapa Auni yang melihat anak kesayangan mereka menahan kesakitan sebegitu. Teringat aku pada anakku yang juga pernah ditahan di ward HSR tahun lepas. Alhamdilillah, Ibtisam kini telah sihat sepenuhnya. Syukur ya Allah.

Apa yang amat menarik, adik Auni yg sekecil ini amat menjaga auratnya. Ya Allah, bahagia sungguh ibunya melihat keadaan ini...

Semoga adik Auni cepat sembuh. Irdina memohon untuk melawat Auni lagi esok. Insyaallah, jika ada kelapangan, akan ditunaikan.

Saturday, May 9, 2015

JIBG SRI At Ta'lim Telah Tertubuh

Alhamdulillah, pagi ini telah terlakar sejarah bagi SRI At Taklim kerana telah berjaya menubuhkan JIBG.

Selepas itu, semua ibubapa menjayakan hari interaksi. Kejayaan anak-anak adalah matlamat utama sekolah ini..insyaallah.

Irdina telah memperoleh 10 A dalam ujian pertama ini. Hafazan juga dah lebih separuh daripada juzuk Amma. Alhamdulillah, semoga terus jadi anak yang Solehah..

Wednesday, May 6, 2015

Irdina di Kem Ibadah SRI At Ta'lim

Tahniah Pertabalan Sultan Perak ke-35

Thursday, April 30, 2015

Warna Warni Sukan SKAB kali ke 34

Sukan kali ini telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Batang Padang, En Sani daripada Unit Koko.

Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang, cuma terdapat beberapa susunan acara yang kurang sesuai.

Insyaallah, kita perbaiki tahun hadapan.

Sunday, April 19, 2015

Tahniah Kepimpinan Baru Pas Tg Malim

YDP : Ust Mohd Tarmizi
TYDP : Ust Nik Abd Hadi
NYDP : Ust Sayed Zamzuri

Urusan ulama : Ust Arman

AJK
zulkifli che nas
Abdul gani Ibrahim
Hj napiah
Hj Ismail
Hj azale
Hj kadri
Mohd isa
Hj waruah
Salim
Faidul
Hjh rohana
Hj junit
Hassan
Hj mohd desa
Kamal shaari
Roslan

Tahniah dan selamat menjalankan amanah untuk sesi 2015-2017.

Saturday, March 28, 2015

Hadir Mesyuarat Agung SKAB..


Tuesday, March 24, 2015

Iman Demam

Dah masuk hari keempat Iman demam. Dah dua kali ke klinik ambil ubat, tapi masih belum disembuhkan Allah.

Wednesday, March 18, 2015

Melawat Zoo Taiping

Dalam perjalanan balik dari Kulim ke Slim River, ambil kesempatan singgah di Zoo Taiping. Semuanya atas permintaan si kecil Iman.

Alhamdulillah, nampak puas hati Irdina dan Iman apabila dapat tengok banyak binatang. Dah tu, dapat naik keretapi pulak.

Siap ada pemandu pelancong lagi. Malangnya, pemandu pelancong tu berbangsa Cina, kurang fasih bahasa Melayu. Dah tu, bagi penerangan campur aduk dengan bahasa Cina..

Apa pun, puas hati juga la..tercapai hajat mereka nak tengok binatang di zoo.