Friday, May 22, 2015

Melawat Adik Auni di HSR

Alhamdulillah, petang ini Irdina berkesempatan melawat rakannya, adik Auni yang ditahan di ward Hospital Slim River kerana sakit buah pinggang.

Wajah ceria adik Auni menyambut rakan-rakannya yang datang melawatnya amat mengharukan sesiapa yang melihatnya. Anak kecil berusia 7 tahun ini ternyata amat tabah menghadapi dugaan ini..

Aku dapat rasakan betapa peritnya perasaan ibubapa Auni yang melihat anak kesayangan mereka menahan kesakitan sebegitu. Teringat aku pada anakku yang juga pernah ditahan di ward HSR tahun lepas. Alhamdilillah, Ibtisam kini telah sihat sepenuhnya. Syukur ya Allah.

Apa yang amat menarik, adik Auni yg sekecil ini amat menjaga auratnya. Ya Allah, bahagia sungguh ibunya melihat keadaan ini...

Semoga adik Auni cepat sembuh. Irdina memohon untuk melawat Auni lagi esok. Insyaallah, jika ada kelapangan, akan ditunaikan.

0 comments: