Monday, February 21, 2011

Saya Pun Kematian Mak Ayah Juge...


Al kisahnya, semalam aku dan beberapa sahabat seperjuangan telah terlibat dalam satu misi mengeratkan Silaturrahim serta membawa mesej Islam melalui 'Dakwah bil hal' ke kampung Orang Asal di salah satu perkampungan di Kawasan Tg Malim.

Program tersebut bermula hari Sabtu (19 Februari 2011) dengan acara pertama pada malam tersebut ialah membakar ayam. Sebanyak 40 ekor ayam telah disiapkan awal-awal untuk dibakar pada malam tersebut. Alhamdulilah, selesai Solat Maghrib, kami bergegas hidupkan api dan terus mulakan acara. Ramai orang kampung itu mula membanjiri kawasan itu...

Keesokannya, dijalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada keluarga miskin, sukaneka, sepak takraw dan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Selain itu, majlis bertambah maknanya kepada penduduk di situ dan lebih-lebih lagi aku yang kurang pengalaman ni, dengan kehadiran Dr Mujahid Rawa, Konvoi motor berkuasa tinggi dan pacuan 4 roda. Ketibaan rombongan ini pada sebelah tengah hari, langsung disambut dengan jamuan makan tengah hari.

Yang menariknya, bila masa sibuk-sibuk nak bagi bantuan kepada anak yatim, maka adalah sahabat kita ni yang ditugaskan untuk menyenaraikan nama-nama yang layak. Mereka ini akan disumbangkan dengan barang-barang keperluan seperti tilam, bantal, makanan, pakaian dan sampul berisi wang. Masalahnya hanya 7 orang penerima sahaja yang layak terima..

Setelah berkerut dahi dan menitik peluh mencari penama yang layak menerima, maka tok batin (namanaya aku pun tak ingat) telah menyerahkan 17 nama anak-anak yatim, menurutnya. Setelah diterangkan dengan susah payah, maka senarai tadi telah dipendekkan menjadi 7 orang. Yang lebih memeranjatkan aku, kata-kata azimat tok batin tersebut " Saya pun kematian mak ayah juge, kira yatim la.."

Insaf sungguh bila terlibat dengan aktiviti-aktiviti sebegini. Jauh sungguh kita sebagai orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah, langsung gagal memberi penjelasan yang terbaik kepada orang-orang sebegini tentang Islam. Jauh sekali nak ajak mereka kepada Islam..

Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk terus meletakkan diriku sebagai Dai'e agama-Mu, dan bersaksilah bahawa aku sedaya upaya berusaha menyebarkan agama-Mu ke seluruh alam ini..walaupun dengan usaha yang aku kira paling minima aku peruntukkan untuk Islam. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.. Amin.

0 comments: