Friday, July 17, 2009

Perbalahan Bawa Pada Di Manik Urai??!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Sebenarnya aku jarang menulis tentang hal politik di dalam blog peribadi ini. Tapi entah kenapa aku rase nak respon pulak kali ini.

Tadi, ade sahabat mase belajar dulu hantar email. Bercerita tentang Manik Urai. Katenye, mungkin disebabkan perbalahan ahli-ahli Pas, Manik Urai cuma mampu menang Tipis.

Sekali fikir, ade juga benarnya. Walau ape pun, pada pandangan aku yang dhaif ini, begini.
Perjuangan Pas ini bukan untuk mencari glamour, mencari siapa salah, mencari siape lebih pandai, tetapi kita telah diajar untuk meluahkan ape juga pandangan dan saranan. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Akhirnya kita diajar juga, jika pandangan kita tidak betul, mohon maafle. Bukan susah sangat..

Dalam kes Manik Urai, simple je, Mungkin berlaku ketidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli Pas. Tapi itu bukanlah ukuran sebenar tentang cara perjuangan Pas. Mungkin ade individu2 tertentu yang sengaja membesarkan isu ini. Wallahu A'lam.

Pesan Nabi SAW, cukuplah kita jadi seorang yang menyebarkan fitnah, sekiranya kita menyampaikan semula apa yang disampaikan kepada kita tanpa dikaji dahulu sejauh mana implikasinya.

Mudah-mudahan Allah menerima usaha kita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini dan diteguhkan Iman serta dikuatkan Ukhuwah bagi merealisasikan sebuah pemerintahan Islam khususnya di Malaysia ini..

Teruskan Perjuangan..

0 comments: