Wednesday, July 15, 2009

Tahniah Kemenangan Manik Urai


Alhamdulillah, Allah takdirkan Pas menang di Manik Urai. Walaupun kemenangan dikatakan sedikit atau tipis, yang pastinya, Pas telah menang.


Aku mengamati media massa yang menulis tentang kemenangan Pas di manik Urai. Ternyata amat tidak profesional. Rata-rata media pro-BN mengatakan tentang isyarat penerimaan yang ditunjukkan di Manik Urai. Benarkah begitu, atau sekadar mainan media..


Pas memang berkualiti dan mampu menunjukkan kehebatnnya apabila masih lagi mengekalkan kerusi DUN Manik Urai. Keupayaan calon yang dihina oleh BN sebagai penjual ikan dan tidak bersekolah akhirnya dipilih oleh rakyat. Apakah penilaian pengundi terhadap pemilihan ini.


Betulkah Abang Uji (Nanti kena panggil YB la pulak) tak bersekolah seperti dakwaan UMNO. Ternyata mereka menghina golongan yang mendapat pendidikan pondok di Malaysia ini. Benarkah orang yang berpendidikn agama gagal memerintah?!!


Apepun tohmahan, kita yakin, Pas sedang diterima dan akan terus diterima kerana Pas telah berjaya menunjukkan prestasinya bila diberi amanah untuk memerintah. Buat semua pejuang Islam, jangan leka, terus berjuang, tingkatkan taqwa dan dekatkan diri dengan Allah. Insyaallah, Kemenangan semakin hampir. Allahu Akbar.

0 comments: