Sunday, July 11, 2010

Makan Nasi Buluh di Ulu Slim


Alhamdulillah, sedapnya dapat makan nasi yang dimasak dengan buluh. Jarang-jarang dapat makan special begini.

Semalam, lepas Usrah di rumah Pak Ngah Omar di kampung Pasir, kami dihidangkan dengan menu yang jarang-jarang nak jumpa. Terus terang aku katakan, menu nasi buluh ni hanya jumpa dalam program Jambori atau perkhemahan jer. Tak sangka, kat usrah pun ada menu macam ni..menarik sungguh.

Yang penting bukanlah pasal makan, bila datang usrah ..tetapi banyaklah perkara-perkara menarik dan menambahkan ilmu setiap kali hadir Usrah ni. Tak kiralah, sebagai Naqib ke atau sebagai peserta, pasti ada sesuatu yang bermanfaat dan dapat meningkatkan keimanan, selain meningkatnya ilmu dan amalan.

Buat sahabat-sahabat di luar sana yang malas nak berusrah dengan seribu alasan, fikirkanlah..Jika kita kurang ilmu, banyak yang dapat dipelajari dalam usrah ni, dan jika kita berilmu, kita dapat kongsikan bersama rakan-rakan usrah. Hah.. kan dah jadi proses belajar dan mengajar. Selagi proses ini berjalan, insyaallah kita akan selamat di Dunia dan Akhirat.

Buat akhirnya, terima kasih kepada Pak Ngah Omar sekeluarga kerana sudi menjadi tuan rumah untuk usrah kali ini..Wallahua'lam.

0 comments: