Sunday, March 20, 2011

Berdirilah Betul-betul Ketika Solat

Berdiri betul ketika bertakbiratul ihram merupakan salah satu rukun dalam solat. Maka tak sempurnalah rukun solat jika mampu berdiri, tapi tak nak berdiri ketika bersolat.


Mut’akhir ini, seringkali kita bertemu dengan seseorang yang bersolat secrara duduk di atas kerusi. Alhamdulillah, walaupun bersolat sambil duduk di kerusi, masih lagi datang ke masjid atau surau untuk solat berjamaah. Insaf juga tengok situasi ini bila dinilai kepada diri kita terutamanya diriku yang setakat ni Alhamdulillah, diberi nikmat kesihatan, mampu berdiri, mampu datang ke masjid tanpa dipimpin, tetapi selalu juga miss untuk solat berjamaah.


Dalam hal ini, ada beberapa persoalan penting yang cuba saya bincangkan. Sebagai hamba Allah yang diberi banyak nikmat, sewajibnya kita bersyukur. Sesuatu nikmat itu akan terasa amat bernilai bila ianya telah tiada atau diambil semula oleh Allah SWT daripada kita. Nikmat sihat akan dirasai nilainya bila dah terlantar sakit. Nikmat mata akan bernilai bila dah jadi rabun atau buta. Nikmat lapang akan bernilai bila disibukkan dengan hal-hal yang datang bertimpa-timpa dan perlu diselesaikan. Dan yang penting, jagalah nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada kita, iaitulah nikmat Iman dan Islam.


Seterusnya, berbalik kepada perbincangan orang yang bersolat sambil duduk di atas kerusi tadi. Boleh ke bersolat sambil duduk di atas kerusi? Ya. Memang boleh. Islam itu mudah, jangan disusahkan. Dalam apa keadaan pun, pasti ada rukhsah atau keringanan untuk umat Islam terus malakukan ibadah kepada Allah SWT. Ha, apa masalahnya sekarang?


Isunya sekarang, ada orang yang memang tak boleh berdiri atau berjalan. Hanya mampu duduk di kerusi roda. Maka tak jadi masalah untuk dia bersolat secara duduk di atas kerusi. Bagaimana pula dengan orang yang mampu berdiri atau berjalan. Tapi masih bersolat secara duduk di atas kerusi??


Sekiranya seseorang itu mampu berjalan atau berdiri, maka wajib ke atasnya berdiri atau menyempurnakan salah satu rukun solat. Al kisahnya, tak mampu nak berdiri lama. Boleh berdiri sekejap untuk menyempurnakan Takbiratul Ihram, kemudian boleh duduk jika tak mampu. Inilah pendapat ulamak fikh dalam masalah ini.


Masalahnya, memang kerap kita berhadapan dengan situasi begini. Apa nak buat. Nak didiamkan, kita berdosa. Nak tegur, kalau tak kena caranya.. jadi kes besar pulak. So, sama-sama ambil tahu dan perlu dibincangkan bersama mereka yang berautoriti supaya dapat membuat teguran. Nak bincang dengan siapa? AJK masjid ke, Ustaz yang mengajar di masjid itu ke, Sebut dalam khutbah ke, Imam tegur ke atau apa-apa yang difikirkan sesuai.


Apa pun, ni hanyalah pandangan saja..tak semestinya cara ini yang terbaik. Yang penting perlu ada sikap tegur menegur ke arah kebaikan . Sama-samalah kita amalkan ‘Amal Makruf Nahi Mungkar. Wallahua’lam.

0 comments: