Saturday, June 4, 2011

Hapuskanlah PTPTN..


Dalam membelek2 perkembangan isu2 negara mutakhir ini, aku tertarik dengan satu perbahasan yang dibuat di Muktamar Tahunan Pas ke 57 di Dewan Kolej Zulkifli Muhammad yang bermula 3 Jun hingga esok (5 Jun 2011) iaitu tentang PTPTN. Sebelum ni pun, banyak pihak dah bercakap tentang PTPTN ni, tapi macam biasa, pihak kerajaan buat tak dengar jer..

Dalam perbahasan muktamar kali ni, perwakilan Pas membangkitkan lagi hal ini. Aku sokong sangat kenyataan ini.. Antara lain, aku petik ucapan perwakilan ni..

Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.

“Saya menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang,” kata Wakil Pemuda PAS Kamal Ashaari. Kata beliau lagi, pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian. Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.

Sekali lagi aku tegaskan, PTPTN ni amat memeritkan peminjamnya. Kajian yang aku buat juga menunjukkan golongan lepasan pusat pengajian tinggi ni amat tertekan dengan keadaan begini. Kalau terus dapat kerja tu, kira lain la jugak, tapi bagi yang terpaksa menganggur atau belum memperolehi pekerjaan tetap, macam mana? Harga barang pula makin naik..nak tangguh bayaran, tak jadi hal, tapi persen tetap berjalan, macam pinjam ceti@along pulak..

Pernah sekali tu, aku dengar pandangan dari seorang makcik tu, katanya anak dia diterima masuk ke kolej swasta, tak perlu bayar banyak, hanya RM100 jer waktu daftar. Yang lain tu, dapat PTPTN. Aku tanya berapa dapat PTPTN, katanya RM63,000.00. Terkejut aku memikirkan nasib anak dia nanti...

Aku berdoa agar anak2 aku tak terpaksa ambik PTPTN ni..samada aku cukup duit untuk tanggung semua atau kerajaan dah tukar dasar waktu tu ataupun Kerajaan dah bertukar kepada Kerajaan lain.. sama-sama kita doakan, bukan untuk anak aku jer, untuk semua rakyat Malaysia yang sama-sama kita cintai ini...Walahua'lam.

0 comments: