Sunday, June 12, 2011

Niat Lain, Buat Lain...

Menghabiskan cuti pertengahan penggal persekolahan dengan anak-anak memang sesuatu yang menggembirakan. Apa lagi, inilah masa yang aku akan gunakan untuk melayani sebanyak mungkin kerenah mereka. Namun aku ni tetap manusia biasa, bukan semua yang aku niatkan tu iasanya terlaksana, tapi apa pun, aku tetap cuba lakukan yang terbaik..


Gambar hiasan...

Al kisah, pada Jumaat yang lepas, aku bersolat di salah sebuah masjid di Negeri Kedah (Negeri kelahiran isteriku tercinta). Maka, bertazkirahlah tuan imam sebelum memulakan Solat Jumaat. Banyak info-info yang berguna dan terkini tentang perkembangan masyarakat serta diwar-warkan juga program terdekat yanga dianjurkan oleh pihak masjid dan badan-badan dakwah yang lain. Dalam kusyuk aku dok dengar imam tu bertazkirah, aku terkedu dengan satu masalah yang disampaikan oleh tuan imam tu kepada anak buahnya. Bukannya apa, bunyi sekali macam lawak pun ada, tetapi aku akui, benda macam ni memang banyak terjadi, bahkan aku sendiri pernah saksikan hal macam ni..aku pun menganggukkan tanda setuju dengan luahan cerita tuan imam tu..

Beliau mengeluh dan sedih dengan anak kariahnya yang datang lewat ke masjid atau terlewat datang ke masjid pada hari Jumaat untuk menunaikan Solat Jumaat. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah Al Jumu'ah: Ayat 9:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi [ke masjid] untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"


Dan Rasulullah SAW juga bersabda :


"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim


Akibat kelewatan yang terjadi, maka yang terlewat ni terus pusing patah balik. Inilah yang menjadi tanda tanya? Tak ada penyelesaiankah dalam hal macam ni, atau diandaikan yang patah balik tu mungkin kurang faham kut nak buat macam mana.


Di sini, aku cuba coretkan secara ringkas dan paling mudah untuk sama-sama kita fahami, bagi sesetengah yang rasa-rasa kurang faham..


- jika anda masbuk atau tertinggal pd rakaat pertama maka kena tambah 1 rakaat lg.


- jika anda masbuk pada rakaat kedua maka anda perlu tambah 4 rakaat.

* peringatan: bila dikatakan tertinggal pada rakaat kedua ?

- tertinggal rakaat kedua ialah anda x sempat ruku' sebelum imam bangun dari ruku' pada rakaat yang kedua.

Dalam masalah begini, niat masih lagi niat Solat Jumaat kerana anda mengikut imam Solat Jumaat, cuma dari segi perlakuan, anda kena tambah 4 rakaat seperti Solat Zohor.


Perbahasan ini dibincangkan dalam kitab-kitab fekah dan inilah teka-teki yang biasanya dijadikan soalan menguji kefahaman.. 'Apakah perkara yang Niat lain, buat lain?..


Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya buat diri aku yang kurang pengetahuan dan pengalaman ni...Wallahua'lam.

0 comments: